Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tindakan Filipina di Laut China Selatan ‘amat berbahaya’: Media rasmi China

Dec 25, 2023 | 02:39 PM



BEIJING: Media rasmi China menuduh Filipina pada Isnin 25 Disember, berulang kali menceroboh wilayah China di Laut China Selatan, menyebarkan maklumat palsu dan bersekongkol dengan pasukan luar wilayah untuk menimbulkan masalah.


Filipina bergantung kepada sokongan Amerika Syarikat untuk terus mencetuskan provokasi terhadap China, dengan aksi yang “sangat berbahaya” yang serius, menjejas keamanan dan kestabilan serantau, kata jurucakap Parti Komunis China, lapor People’s Daily, dalam ulasannya pada 25 Disember.


Kementerian luar Filipina dan pasukan petugas kebangsaan yang mengendalikan Laut China Selatan, tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas laporan itu.

Ketegangan antara Beijing dan Manila semakin memuncak sejak beberapa bulan kebelakangan ini, apabila kedua-dua pihak saling membuat tuduhan berhubung beberapa kejadian serangan di Laut China Selatan, termasuk tuduhan bahawa China merempuh sebuah kapal bulan ini.

Kapal itu dipercayai membawa ketua turus angkatan tentera Filipina.

China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan. Sebahagian daripada kawasan itu juga turut dituntut oleh Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan, Vietnam dan Indonesia.

Tribunal antarabangsa pada 2016 membatalkan dakwaan China, dalam keputusan kes yang dihadapkan kepada tribunal oleh Filipina. Keputusan itu ditolak Beijing.

Dalam amaran langsung yang luar biasa, Menteri Luar China, Encik Wang Yi berkata pada Khamis 21 Disember, bahawa sebarang salah perhitungan dalam pertikaian dengan Filipina, akan membawa respons tegas dari China, dan menggesa dialog untuk menangani “kesukaran serius”.

Hubungan dua hala China-Filipina yang kian terjejas itu adalah ekoran langkah Manila meningkatkan hubungan ketenteraan dengan Jepun dan Amerika, bekas kuasa penjajah dan sekutu pertahanannya, selama tujuh dekad.

China melahirkan kemarahan terhadap Amerika pada 4 Disember, kerana menghantar sebuah kapal tentera laut ke perairan berhampiran kawasan yang menjadi pertikaian di mana China dan Filipina mempunyai beberapa konfrontasi maritim.

Washington sering menggunakan perjanjian pertahanannya dengan Manila, untuk “mengancam” China, secara terang-terangan menyokong pencabulan Filipina terhadap kedaulatan China dan “mencetuskan kebimbangan keselamatan”, lapor People’s Daily.


Itu adalah “amat tidak bertanggungjawab dan berbahaya”, kata ulasan itu, yang ditulis atas nama pena Zhong Sheng, atau “Suara China” – yang sering digunakan untuk menawarkan pandangan akhbar itu mengenai perkara dasar luar. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >