Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tindakan Houthi Yaman dalam konflik di Timur Tengah

Jan 07, 2024 | 05:30 AM



Gerakan Houthi di Yaman dilihat semakin memainkan peranan yang semakin meningkat dalam konflik di Timur Tengah.

Ia menyerang perkapalan di Laut Merah dan menembak dron dan peluru berpandu ke arah Israel, dalam kempen yang mereka katakan bertujuan menyokong rakyat Palestin dalam perang Gaza.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, pada 26 Disember, mengumumkan pelancaran operasi berbilang negara, untuk melindungi laluan kapal perdagangan di Laut Merah, sebagai tindak balas terhadap serangan Houthi.

Peranan Houthi telah memburukkan lagi risiko konflik serantau, mengancam laluan laut yang mana banyak minyak dunia dihantar melaluinya, dan membimbangkan negara di Laut Merah ketika roket dan dron Houthi terbang ke arah Israel.

Siapakah Houthi?

SEJARAH

Pada penghujung 1990-an, keluarga Houthi di utara Yaman, menubuhkan gerakan kebangkitan agama untuk mazhab Zaydi Islam Syiah, yang pernah memerintah Yaman tetapi kawasan utaranya telah menjadi miskin dan terpinggir.

Apabila pergeseran dengan pemerintah semakin meningkat, mereka bertempur dalam beberapa peperangan gerila dengan tentera negara, dan konflik seketika di sempadan dengan kuasa besar Sunni, iaitu Arab Saudi.

KUASA BERTAMBAH

Kuasa mereka berkembang semasa perang Yaman yang bermula pada akhir 2014, apabila mereka merampas Sanaa.

Bimbang dengan pengaruh Iran yang semakin meningkat di sepanjang sempadannya, Arab Saudi campur tangan dalam suatu pakatan yang disokong Barat pada 2015, untuk menyokong pemerintahan Yaman.

Houthi mula menguasai sebahagian besar kawasan di utara dan pusat-pusat yang padat dengan penduduk.

Sementara pemerintah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, berpusat di Aden.

Yaman berada dalam keadaan tenang selama lebih setahun, dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Arab Saudi telah mengadakan rundingan dengan Houthi dalam usaha untuk keluar daripada perang.

PERANAN DALAM PERANG
TIMUR TENGAH

Houthi terlibat dalam konflik terbaru Palestin-Israel yang dikhuatiri merebak ke seluruh Timur Tengah.

Pada 31 Oktober, ia mengumumkan telah menembak dron dan peluru berpandu ke arah Israel, dan berikrar akan terus melancarkan serangan “sehingga pencerobohan Israel dihentikan” di Jaluran Gaza dan Tebing Barat.

Tindakan tentera Houthi yang juga dikenali sebagai ‘Ansar Allah’ itu sama dengan peranan sebuah parti politik yang mempunyai sayap ketenteraan di Lebanon, Hezbollah, yang telah menyerang kedudukan Israel di sempadan Lebanon, dan militia Iraq pula menembak ke arah kepentingan Amerika Iraq dan Syria.

Meningkatkan ancaman mereka, Houthi berkata pada 9 Disember, mereka akan menyasarkan semua kapal yang menuju ke Israel, tanpa mengira kewarganegaraan, dan memberi amaran kepada semua syarikat perkapalan antarabangsa supaya tidak berurusan dengan pelabuhan Israel.

“Jika Gaza tidak menerima makanan dan ubat-ubatan yang diperlukan, semua kapal di Laut Merah menuju ke pelabuhan Israel, tanpa mengira kewarganegaraan mereka, akan menjadi sasaran angkatan tentera kami,” kata jurucakap Houthi dalam satu kenyataan pada 9 Disember.

Slogan Houthi ialah “Kematian kepada Amerika, Kematian kepada Israel, kutuk Yahudi dan kemenangan kepada Islam”.

KAITAN IRAN

Amerika mendakwa pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran membantu dalam merancang dan melaksanakan serangan peluru berpandu dan dron Houthi.

“Sokongan Iran terhadap serangan Houthi ke atas kapal komersial mesti dihentikan,” kata Encik Austin pada 18 Disember.

Iran menafikan penglibatannya.

Pakatan pimpinan Arab Saudi telah lama menuduh Iran membekalkan senjata, melatih dan membiayai Houthi.

Houthi menafikan dakwaan bahawa ia adalah proksi Iran, dan mengatakan mereka membangunkan senjata mereka sendiri.

SENJATA

Houthi membuktikan keupayaan peluru berpandu dan dron mereka semasa perang Yaman, dalam serangan ke atas Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), menyasarkan pusat bekalan minyak dan prasarana penting.

Senjata itu termasuk peluru berpandu balistik dan dron bersenjata, yang mampu membedil Israel, lebih 1,000 kilometer (km) dari pusat kekuasaan mereka di Sanaa.

Peluru berpandu Tofan, Borkan, dan Quds-nya dimodelkan pada senjata Iran dan boleh mengena sasaran sehingga 2,000 km jauhnya, kata pakar.

Houthi melepaskan peluru berpandu itu ke Arab Saudi puluhan kali, semasa perang Yaman.

Pada September, Houthi mempamerkan peluru berpandu Barq-2 antipesawat, peluru berpandu tentera laut, jet pejuang MIG-29 dan helikopter buat kali pertama.

Houthi juga telah menggunakan bot laju yang bersenjatakan mesingan, dalam operasi mereka terhadap perkapalan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >