JAKARTA: Langkah terbesar yang mungkin paling berisiko apabila Presiden Joko "Jokowi" Widodo mengumumkan rombakan Kabinet ialah pelantikan Encik Luhut Binsar Pandjaitan sebagai Menteri Penyelaras Politik, Hukum dan Keamanan.
Encik Pandjaitan, 67 tahun, merupakan salah seorang pemimpin paling berkuasa di Indonesia berikutan peranannya sebagai Ketua Staf Kepresidenan, iaitu jawatan yang akan terus dipegangnya.