Tinjauan: Drebar teksi Malaysia paling teruk di dunia

PETALING JAYA: Pemandu teksi Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa - atau lebih tepat, "penghinaan" kerana sikap buruk mereka.

Laman perbandingan teksi British, LondonCabs.co.uk, telah meletakkan pemandu teksi Kuala Lumpur di bahagian teratas dalam senarai perbandingan 10 pemandu teksi paling teruk di seluruh dunia.

"Pemandu dari Kuala Lumpur terkenal dengan suka mengenakan tambang berlebihan kepada pelanggan.

"Walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu menolak daripada berbuat demikian," kata LondonCabs.

Artikel ini turut menyatakan bahawa teksi di Kuala Lumpur sebagai "agak buruk dan dalam keadaan yang teruk".

Pemandu teksi di Rome berada di tempat kedua selepas Kuala Lumpur dari segi mengenakan tambang yang terlalu tinggi dan kekasaran pemandu mereka.

Pemandu teksi mini di Bangkok berada di tempat ketiga dalam senarai kerana pemandunya sering sesat dan tidak tahu jalan.

Bandar-bandar lain yang tersenarai ialah Paris, New York, Mumbai, Zurich, Kahirah, Shanghai dan Moscow. - The Star.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.