Tinjauan: Kegiatan rasuah kian meningkat di Malaysia

KUALA LUMPUR: Para eksekutif korporat Malaysia berkata kegiatan rasuah semakin meningkat di negara itu, meskipun kerajaan berikrar untuk menangani jenayah tersebut, kata satu tinjauan.

Sekitar 80 peratus responden tinjauan itu berkata mereka merasakan kegiatan rasuah itu telah meningkat antara 2010 dengan 2012, menurut tinjauan yang mendapat sokongan kerajaan dan dijalankan oleh firma khidmat profesional KPMG.

Ia dikeluarkan Isnin lalu.

Tanggapan bahawa rasuah merupakan "masalah besar bagi perniagaan di Malaysia" dikongsi oleh sekitar 90 peratus daripada pegawai yang ditinjau itu, ujar tinjauan itu lagi.

"Seramai 71 peratus responden juga percaya bahawa kegiatan rasuah merupakan kos yang tidak boleh dielakkan dalam menjalankan perniagaan, sementara 64 peratus percaya perniagaan tidak boleh dilakukan di Malaysia tanpa memberi rasuah," tambah laporan itu. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.