Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tinjauan: Lebih ramai budak perempuan bercita-cita jadi doktor

Dec 15, 2015 | 03:36 PM



KANAK-KANAK perempuan sekarang tidak lagi mahu menjadi jururawat atau penari ballet apabila mereka besar kelak.


Sebaliknya satu tinjauan di Amerika ke atas 500 kanak-kanak berusia antara satu dengan 10 tahun mendapati lebih ramai kanak-kanak perempuan sekarang, atau 41 peratus, mahu menceburi kerjaya sains, teknologi, tenaga dan matematik, berbanding lelaki sebanyak 32 peratus, lapor laman web Forbes.


Bahkan, menjadi doktor merupakan kerjaya paling popular di kalangan kanak-kanak perempuan sebanyak 16 peratus, diikuti guru (7 peratus), saintis (4.5 peratus) dan cef/pembuat roti.


Di kalangan lelaki, kerjaya paling popular adalah menjadi olahragawan profesional dengan sebanyak 16 peratus yang ditinjau memilih kerjaya tersebut.


Kerjaya sebagai pemadam kebakaran berada di tangga kedua (5 peratus), jurutera (kurang 5 peratus) dan angkasawan (4 peratus).


Tinjauan Oktober lalu itu dijalankan oleh laman diberi nama Fatherly.


Ia diasaskan Encik Simon Isaacs, 35 tahun, seorang pelari maraton profesional, usahawan dan bapa kepada seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan.


Encik Isaacs berkata beliau mendapat idea untuk menjalankan tinjauan tentang cita-cita zaman kanak-kanak itu untuk melihat "bagaimana kita kendalikan kesaksamaan jantina dan pemperkasa kanak-kanak perempuan.


"Ia merupakan ujian mudah untuk menunjukkan kepada kita apa didedahkan kepada kanak-kanak kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >