WASHINGTON: Sokongan kepada calon Presiden Demokrat, Cik Hillary Clinton, terus melonjak kepada kelebihan dua angka berbanding pencabarnya, Encik Donald Trump, dalam tinjauan pertama sejak penerbitan rakaman di mana calon Republikan itu secara bongkak mengaku "meraba-raba" wanita.
Cik Clinton meraih sokongan 46 peratus di kalangan pengundi berbanding 35 peratus bagi Encik Trump dalam pertandingan empat penjuru yang turut disertai calon Libertarian, Encik Gary Johnson dan calon Parti Hijau, Cik Jill Stein, menurut tinjauan NBC News-Wall Street Journal.