Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Tinjauan terbaru: Prabowo-Gibran kekal dahului saingan calon Presiden

Tinjauan pendapat ketiga sejak Mei beri gambaran mantan jeneral itu muncul sebagai pendahulu
Dec 18, 2023 | 05:31 AM



JAKARTA: Dalam tiga tinjauan simulasi pemilihan bagi pilihan raya terbaru yang dijalankan, Menteri Pertahanan Indonesia yang menjadi calon Presiden, Encik Prabowo Subianto, sekali lagi mendahului saingan dalam pemilihan menjelang Pilihan Raya Presiden Februari 2024.


Tinjauan yang dikeluarkan pada hujung minggu oleh tinjauan pendapat berasingan – Kompas; Indikator Politik Indonesia dan Lembaga Survei Indonesia – menunjukkan Encik Prabowo menjadi pendahulu memperoleh peratusan lebih 20 mata di hadapan lawan terdekatnya.


Dapatan terbaru dikeluarkan oleh Kompas, menunjukkan Encik Prabowo dan gandingannya, anak lelaki Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, Encik Gibran Rakabuming, 36 tahun, memperolehi 39.3 peratus undi.


Berdasarkan tinjauan Indikator Politik Indonesia pula, sokongan terhadap Encik Prabowo-Encik Gibran menyaksikan peningkatan sehingga 6 peratus, iaitu 45.8 peratus berbanding November.

Sokongan terhadap gandingan Encik Prabowo-Encik Gibran semakin meningkat merentasi semua peringkat umur termasuk Generasi X, milenium dan ‘baby boomers’,

Ia kekal konsisten dalam kalangan pengundi Islam dan bukan Islam.

Menurut data pilihan raya, sekitar 107 juta, atau lebih separuh daripada pengundi berdaftar bagi pemilihan pada Februari 2024, berumur bawah 40 tahun. 

Tinjauan Kompas itu meletakkan bekas gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, sebagai saingan terdekat dengan 16.7 peratus, diikuti oleh Encik Ganjar Pranowo dengan 15.3 peratus.


Hasil tinjauan pendapat itu sekali gus menjadi yang pertama menunjukkan Encik Anies mengatasi Encik Ganjar dan mencerminkan peningkatan trajektori yang ditunjukkan oleh tinjauan pendapat baru-baru ini.

Dalam tinjauan Indikator Politik Indonesia, pasangan Encik Ganjar dan Encik Mahfud Md mencatatkan penurunan sehingga 5 peratus, iaitu pada kadar 25.6 peratus, manakala pasangan Encik Anies dan Encik Muhaimin Iskandar kekal pada 22.8 peratus.

Tinjauan dijalankan dari 23 November hingga 1 Disember secara bersemuka itu membabitkan 5,380 responden dan menggunakan kaedah pensampelan rawak dengan margin ralat ±2.9 peratus dan tahap keyakinan 95 peratus.

Meskipun pilihan raya pusingan pertama masih tidak menentu, Indikator Politik Indonesia menyuarakan keyakinan bahawa kedua-dua individu terbabit akan melayakkan diri dalam pusingan seterusnya.

Sementara itu, Lembaga Survei Indonesia mendedahkan bahawa sokongan bagi Encik Prabowo-Encik Gibran meningkat s9.7 peratus kepada 45.6 peratus pada Disember berbanding tinjauan yang dilakukan pada Oktober.

Encik Ganjar-Encik Mahfud pula menduduki tempat kedua dengan 23.8 peratus, disusuli rapat oleh Encik Anies-Encik Muhaimin dengan 22.3 peratus.

Tinjauan yang dijalankan dari 3 hingga 5 Disember itu membabitkan 1,426 responden melalui panggilan telefon, dengan margin ralat dianggarkan sekitar 2.6 peratus pada tahap keyakinan 95 peratus.

Rakyat Indonesia akan mengundi pada 14 Februari bagi memilih pemimpin seterusnya menggantikan Encik Jokowi yang akan menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober 2024

Keputusan itu diperoleh hanya beberapa minggu selepas kempen secara rasmi dimulakan dan perdebatan Presiden pertama, tertumpu kepada undang-undang, demokrasi dan hak asasi manusia, berlangsung pada 12 Disember.

Keputusan mahkamah Perlembagaan Negara pada Oktober yang membuka jalan kepada anak sulung Encik Jokowi untuk bertanding dalam pilihan raya mencetuskan bantahan meluas mengenai politik dinasti dalam demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.

Tinjauan itu dilaksanakan berikutan keputusan mahkamah berkaitan kelayakan calon yang dikritik ramai, di mana ia membenarkan Encik Gibran, anak lelaki Encik Jokowi yang bakal bersara, untuk menyertai Encik Prabowo sebagai calon naib presiden.

Dengan penyertaan Encik Gibran, Encik Prabowo dapat memanfaatkan sokongan besar Encik Jokowi.

Menurut penganalisis, sokongan tersirat Encik Jokowi yang mendapat penilaian lebih 80 peratus juga telah membantu meningkatkan popularitinya. 

Namun, tinjauan pendapat menunjukkan kritikan itu tidak menjejas populariti Encik Prabowo, yang mengukir imej baru sebagai bapa saudara yang comel dan pencinta kucing dengan kegemaran tarian Jawa spontan, yang klipnya tular di TikTok.

Encik Prabowo didakwa melakukan pencabulan hak asasi manusia di Timor Timur dan terbabit dalam penculikan 13 aktivis pelajar pada 1998.

Bagaimanapun, beliau menafikan semua dakwaan itu.

Daripada hampir 205 juta rakyat Indonesia, 30 peratus berusia 30 tahun ke bawah, dan layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Presiden dan dewan perundangan Indonesia pada 14 Februari 2024 di negara demokrasi ketiga terbesar dunia.

Jika tiada calon memperoleh majoriti, undi akan pergi ke pusingan kedua pada Jun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >