Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Titik panas yang dikesan di Indonesia berkurangan

Jul 11, 2016 | 09:26 AM



JAKARTA: Satelit mengesan kira-kira seribu titik panas di Indonesia setakat ini tahun ini, tetapi jumlah itu hanya satu pertiga daripada jumlah kebakaran yang dikesan dalam tempoh sama tahun lalu.



Angka itu memberi harapan Indonesia boleh mengelakkan berulangnya jerebu yang hampir menjadi satu kecemasan negara tahun lepas.



Dua satelit milik Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional (NOAA) Amerika Syarikat mencatat 1,043 titik panas dari 1 Januari hingga 9 Julai di seluruh Indonesia.



Jumlah itu 67 peratus lebih rendah daripada 3,164 titik panas yang dicatat dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu, kata Kementerian Sekitaran dan Perhutanan Indonesia dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Ahad (10 Jul).



Jurucakap kementerian tersebut berkata pengurangan itu hasil "kerja keras rakyat khususnya ahli pasukan peronda bersepadu" yang membantu memantau kawasan terdedah pada kebakaran di lapangan.



Angka terbaru daripada NOAA itu datang tepat setahun selepas kebakaran, bermula di tanah ladang dan hutan di Kalimantan dan Sumatera, menyebabkan krisis jerebu rentas sempasan antara yang paling teruk di rantau ini.



Berjuta-juta orang di Indonesia serta negara jiran di Asia Tenggara terjejas akibat asap tebal daripada api yang meliputi banyak tempat di rantau ini pada separuh kedua tahun lepas.



Para pegawai tidak menjangka krisis itu berulang tahun ini, terutamanya disebabkan cuaca lebih baik. Tetapi dilihat pada jumlah titik panas lebih rendah tahun ini, langkah-langkah yang dilaksana pemerintah Indonesia untuk mencegah dan menghapuskan kebakaran awal mungkin juga telah menyelesaikan beberapa punca jerebu.



Menteri Sekitaran dan Perhutanan Siti Nurbaya mengakui, dalam kenyataan itu, usaha "pasukan bersepadu khusus Karhutla" dalam mencegah kebakaran. 'Karhutla' ialah lingo tempatan bagi kebakaran tanah dan hutan.



Satu siri operasi memadam kebakaran dijalankan di Kalimantan dan Sumatera sejak Aidilfitri pada Rabu. Sebuah helikopter daripada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia dikerah memadamkan kebakaran yang bermula di tanah konsesi di daerah Jambi dan Riau di Sumatera.



Kementerian itu juga telah mengeluarkan amaran keras kepada tiga syarikat kerana kebakaran yang berlaku ke atas konsesi mereka di dua wilayah tersebut.



Jurucakap itu berkata, tanpa mendedahkan firma tersebut, mereka diberi tarikh akhir antara satu hingga tiga hari untuk memadamkan semua api atau menghadapi risiko didakwa.



Individu yang dipercayai memulakan kebakaran juga ditahan untuk siasatan, katanya.



Untuk mengelakkan bencana jerebu tahun lalu berulang, Presiden Joko Widodo telah mengarahkan pihak berkuasa bertindak tegas ke atas petani dan syarikat tidak bertanggungjawab yang menggunakan api untuk membersihkan tanah, manakala sumber memadam kebakaran dipertingkat di kawasan berisiko tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >