SHAH ALAM (Selangor): Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik status di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers yang menjurus kepada "kebolehannya" mempengaruhi rakyat.
Dalam status terbarunya, Tunku Ismail berkata ada sesetengah pihak memberitahunya bahawa beliau seorang yang "berbahaya".