Tonton video Karim Raslan tentang Aceh di BH.sg

HARI ini kami tampilkan episod kedua bahagian pertama video, Ceritalah Indonesia, yang dihasilkan oleh Karim Raslan, seorang pemerhati politik Indonesia.

Kali ini, Karim Raslan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRA Group, sebuah firma perundingan serantau, menyentuh tentang Aceh.

Terletak di penjuru Timur Laut Indonesia, Aceh amat berbangga dengan sejarahnya yang masyhur dan pengaruh Islamnya yang mendalam.

Namun, tragedi yang tidak disangka melanda pada 2014 bila Tsunami Lautan Hindi melanda Aceh dan meragut ribuan nyawa.

Tragedi ini menggambarkan kuasa alam semulajadi yang boleh menghancurkan tidak kira yang baik atau jahat.

Karim menerokai Aceh dan bertemu Pak David, seorang pemandu beca yang kehilangan ramai ahli keluarga kerana tsunami tersebut.

Siri Ceritalah Indonesia adalah berdasarkan tulisan-tulisan Karim Raslan yang telah diterjemahkan semula dalam bentuk esei visual dan diarahkan Tony Trimarsanto dan diterbitkan Mariza Hamid.

Sebagai peguam terlatih Universiti Cambridge, kolumnis dan penulis, Karim Raslan mempunyai pemahaman mendalam dalam bidang perniagaan dan politik di Asia Tenggara, terutama di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Para pembaca BH boleh menonton siri dokumentari Ceritalah Indonesia ini di laman web BeritaHarian.sg secara percuma.

Ikuti pengembaraan Karim Raslan dalam episod kali ini.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.