Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tony Fernandes antara 100 individu berpengaruh pilihan Time

Apr 17, 2015 | 02:20 PM



MAJALAH TIME telah menyenaraikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam senarai TIME 100 untuk 2015.


TIME 100 merupakan senarai tahunan majalah berkenaan yang menyenaraikan 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia.


Senarai ke-12 ini mengiktiraf aktivisme, inovasi dan pencapaian individu paling berpengaruh dunia.


 Menerusi usahanya untuk 'mendemokrasikan' penerbangan, Tan Sri Fernandes mengasaskan bersama syarikat AirAsia pada 2001 dengan rakan perniagaan beliaum Datuk Kamarudin Meranun.


Mereka telah membeli AirAsia yang sedang mengalami kerugian pada masa itu dari pemiliknya dengan nilai saguhati bernilai RM1 ringgit (37 sen Singapura) dengan hutang lebih AS$11 juta. 


Dalam kenyataannya, AirAsia menyatakan, Tan Sri Fernandes "tidak terlepas dari fokus dalam menawarkan produk bernilai tinggi dan pada harga berpatutan membatasi segala cabaran, Tony Fernandes telah mencetus industri penerbangan di Asia dan di rantau ASEAN, menghubungkan komuniti-komuniti dan budaya yang bebeza yang secara lansung merancakkan ekonomi di rantau ini.


"Produk inovatif dan pasaran kreatif yang ditawarkan mengubah syarikat penerbangan itu menjadi peneraju industri." 


Hari ini, AirAsia beroperasi dengan jaringan hubungan terluas dengan lebih dari 90 destinasi. Dalam masa 13 tahun beroperasi, AirAsia telah membawa lebih dari 280 juta orang penumpang dan telah menambah pesawatnya dari hanya dua pesawat ke lebih dari 190 pesawat dengan operasi penerbangan jarak dekat yang beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India, dan penerbangan jarak jauh yang beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Thailand. 


AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah terbaik Dunia pada acara tahunan oleh World Airline Survey dari Skytrax bagi tempoh enam tahun berturut-turut dari tahun 2009 - 2014.


Tan Sri Fernandes berkata, "Ini adalah penghargaan yang sangat besar untuk tersenarai dalam senarai TIME top 100 - Saya tidak menyangka akan menerima berita ini tetapi saya sangat berbesar hati dan pada masa yang sama berasa rendah diri."


"Ini adalah tahun yang mencabar tetapi keseluruhan karier saya adalah mengenai cabaran dan dengan setiap halangan, kami belajar dan menjadi lebih baik.


"Saya percaya kami mengorak langkah terus ke hadapan dan saya sangat teruja menghadapai masa akan datang. Tahun ini adalah mengenai penumpuan terhadap bisnes utama bermula dengan AirAsia. 


"Kami komited untuk memperkukuh nilai utama kami dalam menyediakan produk bernilai tinggi dan terus mengembangkan jaringan laluan kami di rantau Asean dan lebih jauh...


 "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan bagi serata bisnes saya di AirAsia, Kumpulan Tune, QPR, dan Caterham yang bersama saya menghadapi semuanya ke atas sokongan dan kerja keras mereka. Bersama kami akan terus meneraju pasaran."


Senarai sepenuhnya dan penghargaan berkaitan akan di terbitkan dalam edisi 27 April  Majalah TIME, dan boleh mula didapatkan bermula hari ini di laman www.time.com/time100.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >