Trafik di KL lumpuh dek bantahan pemandu teksi terhadap Uber, GrabCar

KUALA LUMPUR: Trafik di pusat bandar Kuala Lumpur terhenti pada pagi Selasa (29 Mac) apabila pemandu teksi mengadakan bantahan terhadap teksi aplikasi Uber dan GrabCar di kawasan beli-belah utama di bandar ini, lapor media Malaysia.

Bantahan itu serupa protes di Jakarta minggu lepas apabila beribu-ribu pemandu teksi dan bajaj roda tiga Indonessia membanjiri jalan-jalan di bandar itu untuk menuntut pemerintah mengharamkan Uber dan Grab.

Pemandu teksi Malaysia meletak teksi merah dan putih mereka di sepanjang Jalan Bukit Bintang bagi membantah apa yang menurut mereka kurangnya tindakan yang diambil ke atas perkhidmatan Uber dan Grab, yang menjejas mata pencarian mereka, lapor akhbar New Straits Times.

Lautan teksi itu membuat trafik terhenti sepenuhnya di beberapa jalan paling sibuk di Lembah Klang, tempat terletak banyak pusat beli-belah.

"Kami berada di sana untuk membantah terhadap Uber dan GrabCar," kata timbalan presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia, Encik Kamarudin Mohd Hussain, kepada akhbar The Star menerusi telefon.

Encik Kamaruddin berkata beliau bukan penganjur bantahan itu tetapi berada di sana untuk menyokongnya.

Polis bercakap dengan ketua kumpulan bantahan itu pada 11.30 pagi dan menasihati orang ramai supaya bersurai, lapor The Star.

Encik Kamarudin dan tiga pemandu lain ditangkap, kata laporan itu.

Jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berkata mereka menyedari isu tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.