SEOUL: Pekerja yang terlibat dalam usaha menarik feri Sewol yang karam ke permukaan air menemui sisa mayat yang dipercayai daripada mangsa yang hilang, kata kementerian kelautan Korea Selatan semalam.
"Enam sisa mayat yang ditemui itu berukuran sepanjang empat sentimeter hingga 18 sentimeter," kata Lee Cheol Jo, pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan, dalam satu taklimat.