KUALA LUMPUR: Pembinaan rangkaian rel berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dengan Singapura yang sepatutnya siap menjelang 2020 mungkin siap melebihi garis masa bagi mengelakkan pertikaian mengenai pemerolehan harta.
Projek ini mungkin mengambil masa antara enam hingga tujuh tahun untuk diselesaikan setelah pembinaan bermula pada 2016, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.