TRIBUNAL timbang tara memutuskan semalam bahawa tidak terdapat asas undang-undang bagi China menuntut 'hak sejarah' ke atas sumber di Laut China Selatan dan ia telah melanggar hak kedaulatan Filipina di kawasan perairan yang dipertikai.
"Meskipun pemandu arah dan nelayan China, serta mereka dari negara lain, secara bersejarah telah menggunakan kepulauan di Laut China Selatan, tidak ada bukti bahawa China mengikut sejarah telah melaksanakan kawalan eksklusif ke atas perairan atau sumber mereka," kata kenyataan keputusan tribunal itu.