ST LOUIS: Calon Republikan, Encik Donald Trump, memohon maaf sekali lagi kerana kenyataan lucahnya mengenai wanita tetapi menegaskan komen lucah mengenai meraba wanita sebagai "sembang bilik lokar", sewaktu perbahasan dengan pencabarnya, Cik Hillary Clinton, pagi semalam.
Dalam debat pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, Encik Trump juga menegaskan jika beliau menang pilihan raya presiden, beliau akan meletak Cik Clinton dalam penjara kerana menggunakan server e-mel peribadi semasa berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat.