Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump beri kata dua kepada Putera Mahkota Saudi: Potong pengeluaran atau tentera kami undur

Apr 30, 2020 | 09:53 PM



WASHINGTON/LONDON/DUBAI: - Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dilaporkan telah memberi kata dua kepada Arab Saudi agar menghentikan perang harga minyak dengan Russia.



Dalam satu perbualan telefon pada 2 April lalu, Encik Trump memberitahu Putera Mahkota Arab Saudi, sekiranya Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) tidak mengurangkan pengeluaran minyak, beliau tidak akan punya kuasa untuk menghentikan penggubal undang-undang daripada meluluskan undang-undang untuk menarik keluar tentera Amerika Syarikat dari Arab Saudi, empat sumber yang tahu tentang perkara itu memberitahu agensi berita Reuters. 



Dalam laporannya hari ini, Reuters menyatakan ancaman itu akan menamatkan persekutuan strategik 75 tahun, yang tidak pernah dilaporkan sebelum ini, yang menjadi tumpuan kempen tekanan Amerika bagi mencapai satu perjanjian bersejarah dalam mengurangkan bekalan minyak sedang permintaan menjunam akibat pandemik koronavirus - mencatat satu kemenangan diplomatik bagi Rumah Putih. 



Encik Trump menyampaikan pesanannya itu kepada putera mahkota 10 hari sebelum pengumuman tentang pemotongan jumlah pengeluaran dibuat.



Pemimpin tidak rasmi Saudi itu terkejut dengan ancaman tersebut sehingga beliau mengarahkan pembantunya keluar dari bilik agar beliau dapat berbincang secara persendirian, menurut satu sumber Amerika yang dimaklumkan tentang perbincangan itu oleh pegawai kanan pentadbiran. 



Usaha ini menggambarkan keinginan kuat Encik Trump untuk melindungi perusahaan minyak Amerika dari mengalami penjunaman harga bersejarah sedang pemerintah seluruh dunia memberhentikan aktiviti ekonomi bagi memerangi virus Covid-19. 



Ia juga mencerminkan langkah pusingan Encik Trump yang sebelum ini lantang mengkritik kartel minyak, yang beliau persalahkan kerana meningkatkan kos tenaga ke atas Amerika yang selalunya mengakibatkan harga gas menjadi lebih tinggi. 



Kini Encik Trump mengarah Opec untuk mengurangkan penghasilan. 



Seorang pegawai kanan Amerika memberitahu Reuters bahawa pentadbiran Amerika telah memaklumkan kepada pemimpin Saudi bahawa, tanpa pemotongan pengeluaran minyak, "tidak akan ada cara untuk menghentikan Kongres Amerika dari mengadakan sekatan yang boleh membawa kepada pengunduran tentera Amerika."



Pegawai itu merumuskan perbincangan itu, yang dibuat menerusi pelbagai saluran diplomatik, seakan memberitahu pemimpin Saudi: "Kami mempertahankan industri kamu sedang kamu memusnahkan industri kami. 



Agensi berita Reuters telah bertanya Encik Trump mengenai perbualan itu semasa wawancara kelmarin di Rumah Putih, di mana presiden memperkatakan pelbagai topik melibatkan pandemik. Ditanya jika beliau memberitahu putera mahkota bahawa Amerika Syarikat mungkin menarik keluar tentera dari Arab Saudi, Encik Trump berkata: "Saya tidak perlu memberitahu beliau." 



“Saya fikir beliau dan Presiden Putin, Vladimir Putin, begitu munasabah,” kata Encik Trump. “Mereka tahu mereka punya masalah, dan ini berlaku.”



Ditanya apa yang beliau beritahu Putera Mahkota Mohammed, Encik Trump berkata: “Mereka mengalami kesukaran dalam membuat perjanjian. Dan saya menghubunginya menerusi telefon, dan kami berupaya mencapai perjanjian.” bagi memotong pengeluaran, kata Encik Trump.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >