Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump berkata beliau tidak akan panggil Kim Jong Un “gemuk dan pendek”

Nov 12, 2017 | 02:33 PM



HANOI: Setelah berbulan-bulan melontarkan hinaan serta ancaman perang antara satu sama lain bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata bahawa beliau tidak akan pernah memanggil Kim Jong Un “gemuk dan pendek”. 



“Mengapa Kim Jong Un menghina saya dan memanggil saya ‘tua’ apabila saya sendiri tidak akan pernah memanggilnya ‘gemuk dan pendek?’” 



“Saya sudah pun mencuba untuk mengganggapnya sebagai teman- mungkin ini akan berlaku satu hari nanti!”



Trump telah mengeluarkan Tweet tersebut dari Hanoi semasa kunjungannya mengelilingi Asia. 



Trump turut mengeluarkan Tweet bahawa pemimpin China Xi Jinping bersetuju untuk mengukuhkan sekatan terhadap Korea Utara atas program senjata nuklear Pyongyang. 



“Presiden Xi dari China telah menyatakan bahawa beliau telah mengukuhkan sekatan terhadap (Korea Utara),” menurut Tweet Trump dari Hanoi. 



Trump telah mengunjungi Vietnam dan Beijing di mana beliau telah meminta bantuan Beijing untuk menangani masalah Korea Utara. 

-AFP/Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >