Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump bersiap ke Rumah Putih, Clinton, Obama ikrar beri kerjasama

Nov 10, 2016 | 09:42 AM



WASHINGTON: Bakal presiden Donald Trump mengetepikan sambutan dan memberi tumpuan pada peralihan beliau ke Rumah Putih, sedang pesaingnya, Cik Hillary Clinton, berjanji akan melupakan persaingan pahit dan panjang mereka dan bekerja bagi menyatukan sebuah negara yang telah berpecah belah.



Selepas kejayaan menakjubkan Encik Trump, daripada parti Republikan, ke atas Cik Clinton, yang menjadi pilihan, Presiden Barack Obama, daripada parti Demokrat, dan tokoh-tokoh utama Republikan yang menolak Encik Trump semua berikrar akan mengetepikan perbezaan mereka untuk mencari titik persamaan.



"Donald Trump akan menjadi presiden kita. Kita berhutang kepadanya untuk menunjukkan minda terbuka kepada beliau dan memberi beliau peluang memimpin," kata Cik Clinton, calon Demokratik, dalam satu ucapan di New York, dengan disertai suaminya, mantan presiden Bill Clinton, dan anak perempuan mereka, Chelsea.



Cik Clinton memberitahu penyokongnya kekalahan itu menyakitkan "dan ia akan kekal lama", dan beliau telah menawarkan untuk bekerja dengan Encik Trump sedang beliau bersiap untuk memulakan penggal empat tahun pada 20 Jan.



Seorang pemaju hartanah kaya raya New York dan bekas pengacara TV realiti, Encik Trump memanfaatkan gelombang kemarahan terhadap para pemimpin di Washington untuk memenangi pilihan raya Amerika pada Selasa (8 Nov), mengalahkan Cik Clinton, yang ikhtisarnya termasuk meniadi Wanita Pertama, senator dan setiausaha negara Encik Obama.



Kemenangan Encik Trump menandakan berakhirnya usaha kedua Cik Clinton untuk menjadi presiden wanita pertama Amerika. Beliau gagal dalam usaha pertama ke Rumah Putih pada 2008.



Encik Obama, yang berkempen kuat menentang Encik Trump, telah menjemput beliau ke Rumah Putih bagi satu mesyuarat pada Khamis (Jumaat waktu Singapura), selepas kekalahan teruk Parti Demokratik, yang juga gagal mendapatkan majoriti di kedua-dua dewan Kongres.



"Kami semua kini mengharapkan kejayaan beliau dalam menyatukan dan memimpin negara," kata Encik Obama di Rumah Putih, sambil menambah bahawa beliau dan kakitangannya akan bekerjasama dengan Encik Trump demi memastikan peralihan yang berjaya.



"Kita bukan Demokrat dahulu, kita bukan Republikan dahulu, kita rakyat Amerika dahulu," ujarnya.



Encik Trump dan para embantu kanan beliau telah mengadakan pertemuan di Menara Trump di New York pada Rabu untuk memulakan proses peralihan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >