PANMUNJOM: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mencipta sejarah setelah beliau melangkah masuk ke Korea Utara dalam pertemuan bersama pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un semalam. Pertemuan bersejarah itu diadakan di zon tanpa aktiviti ketenteraan (DMZ) yang memisahkan Korea Utara dengan Korea Selatan.
Ini bermakna Encik Trump merupakan presiden Amerika pertama menjejakkan kaki di Korea Utara.