Trump, Clinton menang di Arizona, Cruz dan Sanders jaya di Utah

WASHINGTON: Encik Donald Trump dan Cik Hillary Clinton memenangi pemilihan awal dalam persaingan awal parti masing-masing, Republikan dan Demokrat,  di Arizona pada Selasa (22 Mac).

Bagaimanapun di Utah, Encik Ted Cruz mengalahkan Encik Trump dan Encik Bernie Sanders mengalahkan Cik Clinton, menurut laporan media Amerika Syarikat.

Pertandingan di Arizona dan Utah dibayangi oleh serangan di Brussels, Belgium, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang mati dan menambah kebimbangan keselamatan yang pengundi Amerika telah lahirkan kepada peninjau pendapat.

Fox dan NBC mengunjurkan Encik Trump dan Cik Clinton berjaya di Arizona, dengan semua 58 perwakilan Republikan memilih Encik Trump, dan majoriti daripada 75 perwakilan Demokratik berpihak pada Cik Clinton  - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.