Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump derma lebih $100,000 gaji tiga bulan pertama

Apr 04, 2017 | 09:54 AM



WASHINGTON (Amerika Syarikat): Presiden Donald Trump, memutuskan untuk mendermakan gajinya untuk tiga bulan pertama menjawat jawatan itu kepada Perkhidmatan Taman Kebangsaan, menurut agensi Reuters.



Semasa satu sesi taklimat, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Encik Sean Spicer, telah menyerahkan replika cek bernilai AS$78,333.32 ($109,415) kepada Setiausaha Dalam Negara, Encik Ryan Zinke.



Encik Trump yang dikenali sebagai seorang tokoh perniagaan sebelum menyertai politik, sebelum ini telah berjanji untuk tidak menerima gaji AS$400,000 yang dinikmatinya untuk setahun, selama tempoh memegang jawatan presiden.



Namun demikian undang-undang mewajibkan untuk Encik Trump dibayar gaji, tetapi beliau bersetuju untuk mendermakan gajinya itu.



Menurut Encik Zinke, wang yang didermakan presiden itu akan digunakan untuk membiayai projek menaik taraf 25 taman negara di seluruh negara, yang keseluruhannya membabitkan kos AS$229 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >