Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump dijangka tandatangani perintah eksekutif terhadap media sosial

May 28, 2020 | 01:30 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dijangka menandatangani satu perintah eksekutif ke atas syarikat-syarikat media sosial hari ini.



Pegawai Rumah Putih menyatakan demikian selepas Encik Trump mengancam untuk menutup laman syarikat-syarikat ini yang beliau dakwa sebagai cuba menyekat suara konservatif. 



Para pegawai bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian tentang bagaimana Encik Trump boleh melaksanakan ancaman yang dikatakannya, untuk menutup syarikat swasta yang termasuk seperti Twitter. 



Syarikat itu enggan mengulas. 



Pertikaian timbul selepas Twitter kelmarin, buat pertama kalinya, mengaitkan catatan tidak berasas Encik Trump, mengenai penipuan bagi pengundian secara pos, dengan memberi amaran kepada pembaca agar memeriksa kesahihannya. 



Secara berasingan pula, satu panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan Amerika di Washington semalam, telah mengekalkan penolakan kes tuntutan yang dibuat sebuah kumpulan konservatif dan berhaluan kanan personaliti YouTube ke atas Google, Facebook, Twitter dan Apple, menuduh mereka melakukan konspirasi untuk menyekat pandangan politik konservatif. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >