Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump gesa kurangkan pembiayaan Jabatan Kehakiman AS

Apr 07, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menggesa rakan Republikannya di Kongres untuk mengurangkan pembiayaan bagi Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), sehari selepas mengaku tidak bersalah di New York terhadap 34 tuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan.



Encik Trump, yang sedang berusaha merebut semula jawatan presiden Amerika pada 2024, menyasarkan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang persekutuan walaupun tuduhan jenayah terhadapnya - yang pertama dibawa ke atas mana-mana bekas atau presiden semasa - diusahakan bukan oleh mereka tetapi oleh peguam daerah Manhattan.



Namun, Encik Trump juga menghadapi dua siasatan jenayah DOJ yang diketuai Peguam Khas, Encik Jack Smith, yang dilantik Peguam Negara Amerika, Encik Merrick Garland.



Namun, gesaan Encik Trump kemungkinan tidak diendahkan Kongres, dengan Demokrat mengawal Senat dan Republikan pula mengetuai Dewan Perwakilan.



Ia juga akan menjadi perubahan mendadak bagi parti Republikan, yang pada masa lalu menyokong pembiayaan kukuh buat penguatkuasaan undang-undang dan telah mengkritik cadangan daripada beberapa pihak sayap kiri dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk "menarik balik pembiayaan" jabatan polis tempatan.



Malah, Encik Trump menyokong peningkatan perbelanjaan bagi DOJ semasa beliau berkhidmat sebagai presiden dari 2017 hingga 2021.



Bajetnya meningkat 4 peratus dalam tempoh itu kepada AS$38.7 bilion ($51.5 bilion), menurut angka Rumah Putih.



Encik Trump mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah di Manhattan atas 34 tuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan.



Ia berkait dakwaan beliau mendalangi pemberian wang sogokan kepada dua wanita membabitkan pelakon lucah, Cik Stormy Daniels, serta bekas model Playboy. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >