WASHINGTON: Presiden Donald Trump menghadapi tekanan daripada para ketua pegawai eksekutif (CEO), sekutu Amerika Syarikat, anggota Demokrat dan beberapa anggota Republikan bagi memastikan negara itu kekal dalam perjanjian global bagi memerangi perubahan iklim.
“Saya akan mengumumkan keputusan saya mengenai Perjanjian Paris, Khamis pada 3 petang (3 pagi tadi waktu Singapura). Rumah Putih Rose Garden. JADIKAN AMERIKA HEBAT SEMULA!,” tulis Presiden Trump dalam Twitter semalam. Sumber rapat dengan perkara itu berkata Presiden Trump bersedia menarik diri daripada Perjanjian Paris. Pengunduran Amerika daripada perjanjian itu akan meningkatkan ketegangan Washington dengan sekutunya.