Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump ikrar keluarkan Amerika daripada TPP pada 'hari pertama pegang jawatan'

Nov 22, 2016 | 12:24 PM



WASHINGON: Bakal Presiden Donald Trump berkata pada Isnin (21 Nov) beliau akan mengambil langkah mengeluarkan Amerika Syarikat daripada perjanjian perdagangan Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) pada hari pertama beliau memegang jawatan.



Encik Trump, 70 tahun, berkata demikian dalam satu mesej video ringkas yang dikeluarkan pada petang Isnin masa Washington DC, di mana beliau memberi maklumat terkini mengenai peralihan Rumah Putih dan rancangan dasar beliau untuk 100 hari pertama.



Beliau berkata "senarai tindakan eksekutif pada hari pertama" akan termasuk "pemberitahuan hasrat menarik diri daripada Perkongsian Rentas Pasifik", yang beliau gambbarkan sebagai "berpotensi menjadi bencana bagi negara kita".



"Sebaliknya, kami akan merundingkan perjanjian perdagangan dua hala adil yang membawa pekerjaan dan industri kembali ke negara Amerika."



Mesej video itu datang selepas berakhirnya Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), di mana para pemimpin negara anggota TPP berjanji akan meneruskan perjanjian perdagangan mercu tanda itu.



TPP sebuah perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani 12 negara - termasuk Singapura - yang secara bersama menyumbang 40 peratus daripada perdagangan dunia.



Perjanjian itu berkuat kuasa hanya jika ia diluluskan oleh enam negara, termasuk Amerika dan Jepun. Ini kelihatan tidak mungkin berlaku memandangkan Encik Trump membangkangnya.



Dalam video itu, Encik Trump juga berkata, antara lain, pasukan peralihannya sedang "bekerja dengan lancar dan cekap".



"Agenda saya berdasarkan prinsip teras mudah - dahulukan Amerika... mewujudkan kekayaan dan peluang pekerjaan bagi pekerja Amerika," katanya.



Mengenai keselamatan negara, Encik Trump berkata beliau akan meminta Jabatan Pertahanan dan Pengerusi Ketua Turus Bersama membangunkan satu rancangan menyeluruh bagi melindungi infrastruktur penting Amerika daripada serangan siber dan bentuk serangan lain.



"Mengenai imigresen, saya akan mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja menyiasat semua penyalahgunaan program visa yang melemahkan pekerja warga Amerika," katanya.



Bagaimanapun, Encik Trump tidak menyebut tentang tembok yang beliau kata beliau akan bina di di sempadan dengan Mexico.



Beliau mengakhiri dengan ikrar akan "Membina semula kelas menengah kita... (dan)... bekerjasama untuk menjadikan Amerika hebat semula buat semua orang, dan saya maksudkan semua orang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >