WASHINGTON: Jutawan hartanah Amerika, Encik Donald Trump, calon presiden Parti Republikan yang kontroversial dan kerap diperkatakan menjelang pilihan raya presiden 2016, meninggalkan saingannya jauh ke belakang dalam tinjauan terkini.
Hartawan hartanah yang provokatif dan baru berjinak-jinak dalam arena politik itu kekal teguh di tengah keributan kempen yang mengeruhkan parti itu.