WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, semalam menandatangani arahan eksekutif yang memansuhkan pelbagai kekangan terhadap penghasilan bahan api fosil, sekali gus menentang amalan kebanyakan pemimpin dunia yang menyokong sumber tenaga lebih bersih.
Arahan itu memenuhi janji kempen Encik Trump bagi merungkai usaha mantan Presiden Barack Obama membendung pemanasan global, memansuhkan pelbagai langkah bagi mempertingkat penghasilan tenaga tempatan, terutama daripada minyak, gas asli dan arang batu.