Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump menang di Washington, bantahan ganas di Albuquerque

May 25, 2016 | 02:51 PM



WASHINGTON/ALBUQUERQUE: Encik Donald Trump terus mara dalam usaha menjadi calon Republikan bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat November ini, dengan memenangi pemilihan awal Washington pada Selasa (24 Mei).



Kemenangan itu datang sedang penentang beliau mengadakan bantahan ganas di luar sebuah perhimpunan di Albuquerque, New Mexico.



Rangkaian televisyen Amerika menyatakan jutawan New York itu menang sejurus selepas undian ditutup pada 8 pagi (11 pagi Rabu waktu Singapura).



Keputusan awal menunjukkan Encik Trump menerima 76 peratus undi, kata pejabat setiausaha negara negeri Washington.



Beliau satu-satunya calon Republikan yang masih bertanding dan diandaikan sebagai calon presiden parti itu.



Encik Trump telah mendapat 1,189 perwakilan sebelum pemilihan awal Washington, menurut satu kiraan CNN, dan kekurangan hanya 48 daripada 1,237 perwakilan yang diperlukan untuk disahkan menjadi calon parti itu.



Washington mempunyai 44 perwakilan, oleh itu Encik Trump akan melepasi jumlah yang diperlukan itu dan sah menjadi calon Republikan pada 7 Jun, apabila California dan empat negeri lain mengadakan pemilihan awal masing-masing.



Sementara itu di Albuquerque di negeri barat daya New Mexico, bantahan anti-Trump di luar perhimpunan di sebuah pusat konvensyen bertukar kecoh apabila penunjuk perasaan mula menterbalikkan pengadang dan membaling batu.



Polis berkata botol dan batu dilemparkan pada perhimpunan itu, memecahkan pintu kaca, menurut stesen televisyen.



Namun, polis berkata tiada pengesahan bahawa tembakan dilepaskan.



New Mexico mempunyai penduduk Hispanik besar dan tinjauan demografi menunjukkan kebanyakan mereka menentang Encik Trump, sebahagian besarnya kerana pendirian beliau mengenai imigresen. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >