Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump menang di West Virginia dan Nebraska, Sanders ambil West Virginia

May 11, 2016 | 02:56 PM



WASHINGTON: Calon presiden andaian parti Republikan, Encik Donald Trump, mara dengan kemenangan di dua negeri lagi pada Selasa (10 Mei), manakala Encik Bernie Sanders menewaskan saingan parti Demokratnya, Cik Hillary Clinton, di West Virginia.



Dengan kemenangan besar di West Virginia dan Nebraska, menurut keputusan awal, Encik Trump kian kian hampir meraih 1,237 perwakilan yang diperlukan untuk beliau diisytihar sebagai calon Republikan pada konvensyen parti itu pada Julai.



Beliau kini satu-satunya calon Republikan selepas semua pesaingnya berundur.



Sementara itu, Encik Sanders memastikan saingannya berterusan dengan memenangi West Virginia, di mana beliau mendahului Cik Clinton sebanyak 11 peratusan mata.



Dengan baki lapan pertandingan, "kita rasa kita ada peluang baik untuk memenangi banyak daripada negeri itu," kata Encik Sanders kepada penyokongnya di San Francisco, menurut CBS News.



Dalam pada itu, satu tinjauan Universiti Quinnipiac pada Selasa menunjukkan Encik Trump telah mengurangkan jurang antara beliau dan Cik Clinton dalam dua medan pertempuran utama - Florida dan Pennsylvania - dan memotong beliau di Ohio.



Tiada calon pernah memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat tanpa memenangi sekurang-kurangnya dua daripada tiga negeri itu.



Tinjauan itu juga mendapati Encik Sanders akan menunjukkan prestasi lebih baik dalam nenentang Encik Trump daripada Cik Clinton di ketiga-tiga negeri itu jika beliau menjadi calon Demokrat.



Walaupun hampir pasti memenangi pencalonan Demokrat - beliau kekurangan hanya kira-kira 160 perwakilan - keupayaan Cik Clinton membangkitkan semangat golongan pekerja muda dan kulit putih Demokrat dipersoal dek kejayaan Encik Sanders dalam pemilihan awal. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >