Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump: Muslim tidak bantu secukupnya cegah serangan pengganasan

Mar 23, 2016 | 06:15 PM



LONDON: Calon presiden Parti Republikan Amerika Syarikat Donald Trump berkata orang-orang Islam gagal melaporkan kegiatan-kegiatan mencurigakan tetapi sepatutnya mereka harus membantu mencegah serangan pengganasan seperti yang berlaku di Belgium.



"Apabila mereka terjumpa kegiatan yang mencurigakan mereka harus melaporkannya, mereka tidak melaporkannya, mereka sama sekali tidak melaporkannya dan ini masalah besar," kata Encik Trump dalam satu temuramah disiarkan di televisyen ITV Britain hari ini, Rabu.



Beliau berkata, adalah "memalukan" bahawa salah seorang suspek yang mendalangi serangan di Paris November tahun lalu ditemui selepas operasi memburunya dilakukan di sebuah kawasan tempat dia tinggal di Brussels.



"Dia berada dalam kawasan kejiranan tempat dia dibesarkan dan tiada orang pun yang melaporkannya dan ini dikatakan sebagai hukuman. Ia memalukan," kata beliau.



Encik Trump berkata, terdapat tanda-tanda serangan suspek ekstremis Muslim di California Disember lalu yang membunuh 14 orang boleh dicegah.



"Ramai orang dalam masyarakat tahu mereka akan melakukannya kerana dalam apartmen mereka ada banyak bom sana sini... dan mereka tidak melaporkan kegiatan mereka.



"Saya tidak tahu apanya. Ia seperti mereka melindungi satu sama lain tetapi mereka sebenarnya melakukan sesuatu yang amat merosakkan. Mereka harus mempunyai sikap keterbukaan kepada masyarakat, mereka harus melaporkan mereka yang jahat," kata beliau. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >