NEW YORK: Calon kontroversial Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, memecat pengarah politik kebangsaannya, Encik Rick Wiley, yang baru dilantik memegang jawatan itu enam minggu lalu.
Encik Trump, semasa mengadakan perhimpunan bersama kakitangan dan penyokongnya di California semalam, berkata Encik Wiley perlu dipecat kerana cara beliau menguruskan perjanjian pengumpulan dana dengan Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (RNC).