WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, semalam kerana menganjurkan perarakan ketenteraan besar-besaran tanpa mempamerkan peluru berpandu nuklear untuk sambutan ulang tahun ke-70 negara itu.
"Ini adalah kenyataan besar dan positif dari Korea Utara. Terima Kasih Pengerusi Kim. Kita akan membuktikan semua orang salah!