WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, merancang memilih ahli perniagaan, Encik William Hagerty, sebagai duta Amerika ke Jepun, menurut seorang penasihat pasukan peralihan Encik Trump semalam.
Khidmat berita Jepun, Nikkei, melaporkan bahawa Encik Trump akan mengumumkan pemilihan Encik Hagerty, Pengarah Pelantikan Presiden dalam pasukan peralihan Encik Trump, tidak lama lagi.