Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump rebut lima negeri timur laut, Clinton menang empat

Apr 27, 2016 | 09:36 AM



WASHINGTON: Jutawan Donald Trump menang di semua lima negeri timur laut Amerika Syarikat yang mengadakan pemilihan pendahuluan presiden pada Selasa (26 April) - memacu beliau semakin hampir mendapat pencalonan parti Republikan bagi pilihan raya presiden.



Encik Trump mengalahkan pesaing beliau, Encik Ted Cruz dan Encik John Kasich, di Connecticut, Delaware, Maryland, Pennsylvania dan Rhode Island.



Kejayaan Encik Trump melebarkan jurang beliau dengan pesaingnya dalam perlumbaan sangat penting untuk memenangi perwakilan yang secara rasmi akan memilih calon Republikan semasa konvensyen parti pada Julai.



Pendahulu dalam persaingan pencalonan parti Demokratik, Cik Hillary Clinton, juga mencapai kemajuan baik, dengan diunjurkan menang di Delaware, Maryland,  Connecticut  dan Pennsylvania.



Cik Clinton menafikan pesaing terdekatnya, Encik Bernie Sanders, yang mengikut unjuran menang di Rhode Island.



Kejayaan Cik Clinton menolak Encik Sanders ke ambang kekalahan dan mengangkat dirinya ke puncak pencalonan bersejarah.



Seperti Encik Trump, Cik Clinton diramal memenangi semua lima pemilihan pendahuluan itu. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >