WASHINGTON: Sehari selepas menyalahkan anggota Demokrat, Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, telah menyalahkan sayap ultra-konservatif kerana membawa kekalahan memalukan berhubung Obamacare.
Dalam mesej menerusi Twitter, Presiden Amerika itu bukan sahaja menyalahkan Kaukus Kebebasan (Freedom Caucus) dan dua lagi kumpulan konservatif yang berpengaruh kerana kekecewaan yang mengejutkan itu, Encik Trump juga menyalahkan mereka yang melemahkan usahanya bagi mengekang pengguguran, isu utama bagi golongan konservatif.