Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump sedia tangani ancaman nuklear Korea Utara tanpa China

Apr 03, 2017 | 01:05 PM



WASHINGTON D.C (Amerika Syarikat) - Presiden Donald Trump berkata, Amerika Syarikat akan "selesaikan" soal ancaman nuklear dari Korea Utara, dengan atau tanpa bantuan China.



Menyatakan demikian sewaktu diwawancara akhbar Britain, Financial Times, Encik Trump berkata: "Jika China tidak mahu menyelesaikan isu Korea Utara, kami akan lakukannya. Itu sahaja yang boleh saya beritahu anda," ujarnya.



Ditanya sekiranya beliau merasakan beliau mampu melaksanakannya sendiri, Encik Trump menjawab: "Tentu sekali".



Encik Trump menyatakan demikian menjelang pertemuannya dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, yang akan ke Amerika.



"China punya pengaruh yang kuat terhadap Korea Utara, dan China akan, sama ada membantu kami ataupun tidak dalam soal Korea Utara. Jika mereka lakukannya, ia adalah sangat baik untuk China, dan jika mereka tidak melakukannya, ia tidak memberi kebaikan kepada sesiapa," kata Encik Trump kepada akhbar itu.



Ditanya lebih lanjut jika beliau maksudkan "satu hadapi satu" sebagai tindakan sepihak, Encik Trump berkata: "Saya tidak perlu menyatakan lebih lanjut. Sebegitulah."



Beliau tidak memberi apa-apa perincian tentang tindakan yang akan diambilnya.



Komen ringkas Encik Trump yang disiarkan beberapa hari sebelum pertemuan penting dengan Encik Xi di Mar-a-Lago pada Khamis ini, merupakan satu siri amaran terbaharu menyentuh pembangunan nuklear Korea Utara.



Terdapat kebimbangan bahawa Pyongyang akhirnya akan berkeupayaan membina peluru berpandu nuklear yang mampu menyerang tanah besar Amerika. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >