Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump tak layak kerja malah di 7-Eleven: Obama

Oct 12, 2016 | 11:54 AM



GREENSBORO (North Carolina): Presiden Barack Obama berkata pada Selasa (12 Okt) bahawa komen calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, dalam sebuah video 2005 tentang meraba wanita membuat beliau tidak layak bekerja malah di kedai runcit.



Bercakap dalam sebuah perhimpunan di Greensboro, North Carolina, dalam kempen bagi calon presiden Demokratik, Cik Hillary Clinton, Encik Obama berkata pilihan dalam pilihan raya pada 8 Nov jelas sekalipun sebelum video yang menunjukkan Encik Trump bercakap lucah mengenai wanita bocor minggu lalu.



"Sekarang anda mendapati satu keadaan di mana seorang lelaki berkata perkara yang tiada siapa boleh terima jika dia memohon pekerjaan di 7-Eleven," Encik Obama memberitahu hadirin.



Encik Trump berkata semasa satu perdebatan presiden pada Ahad lalu bahawa beliau malu akan video itu, tetapi menolaknya sebagai "sembang bilik lokar".



Encik Obama juga mengkritik beberapa anggota Republikan yang mengutuk kenyataan Encik Trump itu tetapi tetap menyokong beliau.



"Hakikat bahawa sekarang anda mendapati ada orang berkata: 'Kami amat tidak bersetuju, kami benar-benar menolak... tetapi kami masih menyokongnya.' Mereka masih berasa dia harus menjadi presiden, ini tidak masuk akal bagi saya," kata Encik Obama.



Beliau juga mengkritik kelayakan perniagaan Encik Trump, dengan merujuk kepada satu laporan New York Times yang menunjukkan beliau menuntut kerugian hampir AS$1 bilion dolar dalam satu tahun ke atas cukainya pada 1990-an.



"Orang cakap rumah judi selalu menang," sindir Encik Obama mengenai Encik Trump, seorang pemaju kasino pada masa itu. "Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >