Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump tenteramkan penyokong dan rakyat Amerika, tidak akan ambil gaji

Nov 14, 2016 | 03:05 PM



NEW YORK: Encik Donald Trump cuba, dalam temu bual televisyen sulungnya sebagai bakal presiden, mententeramkan rakyat Amerika Syarikat yang bimbang mengenai tindakan keras ke atas minoriti, sambil memberi jaminan kepada penyokong kuatnya bahawa beliau tidak akan mengecewakan mereka dalam soal senjata api, pengguguran dan imigresen.



Jutawan Republikan itu juga memberitahu CBS beliau akan melepaskan gaji AS$400,000 ($565,552) setahun sebagai presiden.



Encik Trump, yang kemenangan beliau dalam pilihan raya pada 8 Nov atas platform populis dan antiimigresen mendorong bantahan selama beberapa hari, memberitahu penunjuk perasaan mereka tidak ada sebab untuk berasa takut mengenai jawatan presidennya.



"Jangan takut. Kita akan memulihkan negara kita semula," katanya dalam wawancara dalam program '60 Minutes' CBS. Encik Trump berkata beliau "sedih" mengenai laporan kes gangguan dan ugutan terhadap kaum minoriti melonjak sejak pilihan raya - dan menggesa ia dihentikan.



"Saya tidak suka mendengar tentang perkara itu. Saya sangat sedih apabila mendengarnya," kata beliau ketika ditanya mengenai laporan itu.



"Jika ini akan membantu, saya akan mengatakan ini, dan saya akan berkata langsung kepada kamera. Hentikannya."



Jutaan orang dijangka memberi tumpuan pada program itu untuk mencari petunjuk tentang bagaimana jutawan populis itu akan mentadbir, dan sejauh mana beliau bercadang menukar slogan lantang kempennya kepada dasar tegas dan ketat.



Encik Trump memberi isyarat jelas kepada pengundi teras mengenai rentetan isu-isu takat meledak itu.



Beliau mengesahkan rancangan agresif mengusir atau memenjarakan seramai tiga juta pendatang haram - mereka yang mempunyai rekod jenayah, katanya.



Bakal presiden itu juga berkata beliau tetap dengan janjinya akan membina tembok di sempadan Mexico, tetapi ia mungkin termasuk beberapa pagar.



Dan mengenai satu jawatan hakim Mahkamah Agung yang kosong, Encik Trump berikrar bahawa calonnya akan menyokong sekatan pengguguran, dan mempertahankan hak perlembagaan untuk memiliki senjata api.



"Para hakim akan pronyawa," katanya kepada CBS. "Dari segi keseluruhan situasi senjata api," ujarya, "mereka akan sangat pro-Pindaan Kedua (peruntukan Perlembagaan yang termasuk hak memiliki senjata api)."



Tetapi Encik Trump juga memberi isyarat beliau tidak akan cuba membatalkan kebenaran perkahwinan sejenis.



Dan sebagai tindakan menenteramkan terakhir, Encik Trump berkata beliau akan melepaskan gaji AS$400,000 sebagai presiden.



"Saya tidak akan mengambil gaji itu. Saya tidak akan mengambilnya," kata beliau. "Saya rasa di bawah undang-undang saya dikehendwaki mengambil AS$1, jadi saya akan ambil AS$1 setahun," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >