WASHINGTON: Sedang Tentera Laut Amerika Syarikat "menggerakkan" kedudukan kapal induk pesawat udara USS Carl Vinson ke Semenanjung Korea, seorang pegawai kanan negara itu berkata Presiden Donald Trump telah meminta pelbagai pilihan bagi menghapuskan ancaman senjata nuklear Korea Utara.
Langkah kerah kapal perang itu dilihat bakal menimbulkan ketegangan di rantau tersebut selepas Pyongyang mengutuk tindakan Amerika melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria minggu lalu.