Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump tukar ketua Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam pula

Jan 31, 2017 | 12:35 PM



WASHINGTON: Presiden Donald Trump menukar pada Isnin (30 Jan) ketua Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat, sedang beliau berjuang menghadapi penentangan terhadap arahan eksekutifnya berhubung imigresen yang kontroversial.



Tiada sebab diberi bagi keputusan menggantikan Encik Daniel Ragsdale, yang dilantik semasa pentadbiran Encik Barack Obama, dengan Thomas Homan.



Keputusan itu diumum kurang sejam selepas Encik Trump memecat seorang lagi anggota yang dilantik Encik Obama, pemangku peguam negara Sally Yates, kerana mengingkari arahan eksekutif yang mengharam pendatang dari tujuh negara majoriti Muslim.



Encik Homan akan membantu "memastikan kami menguatkuasakan undang-undang imigresen kami di kawasan pedalaman di Amerika selaras dengan kepentingan negara," kata Setiausaha Keselamatan John Kelly dalam satu kenyataan.



"Sejak 2013, Encik Homan telah berkhidmat sebagai pengarah bersekutu eksekutif Operasi Penguatkuasaan dan Pemindahan (ERO) ICE. Dalam kapasiti itu, beliau mengetuai usaha ICE mengenal pasti, menangkap, menahan, dan memindahkan pendatang haram, termasuk mereka yang mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara atau merupakan risiko kepada keselamatan awam, dan juga orang yang memasuki Amerika secara haram atau melemahkan integriti undang-undang imigresen dan usaha kawalan sempadan kami," kata Encik Kelly.



"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau bagi memastikan kami menguatkuasakan undang-undang imigresen kami di kawasan pedalaman di Amerika selaras dengan kepentingan negara." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >