Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump umum dasar lindungi pekerja tempatan

Apr 19, 2017 | 03:17 PM



KENOSHA (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, telah menandatangani arahan baru mengetatkan peraturan pemberian visa pendatang berkemahiran, bagi membantu pekerja tempatan yang terancam.



Di ibu pejabat pengeluar alatan tangan dan kuasa Snap-on Inc, Presiden Trump menandatangani arahan eksekutif meminta agensi pemerintah mencadangkan peraturan baru serta perubahan bagi menghentikan apa yang disifatkan sebagai pelanggaran program visa yang dilakukan oleh syarikat teknologi Amerika.



Digelar 'Beli Barangan Amerika dan Gajikan Rakyat Amerika', arahan itu menyusuli rentetan perubahan dasar ekonomi yang dilakukan Presiden Trump.



"Kita akan membela pekerja kita, melindungi pekerjaan kita dan akhirnya meletak keutamaan pada rakyat Amerika," ikrar Encik Trump di depan bendera Amerika yang dibentuk daripada perengkuh.



Seperti arahan eksekutif lain Presiden Trump sejauh ini, arahan terbarunya hanya memberi sedikit impak praktikal, namun menghantar isyarat kepada agensi pemerintah supaya memberi cadangan pembaharuan ke atas sistem visa H-1B negara itu.



Encik Trump memilih menandatangani arahan itu di Snap-on Inc, yang berpusat di Wisconsin, negeri tempat beliau meraih sokongan golongan kelas pekerja kulit putih.



Presiden Amerika itu ketika ini hanya menikmati 41 peratus sokongan di negeri itu.



Arahan itu akan mengarahkan Jabatan Buruh, Jabatan Keadilan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Negara mengambil tindakan terhadap kes "penipuan dan penyelewengan" dalam sistem imigresen Amerika bagi melindungi pekerja di negara itu.



Ditujukan buat saintis, jurutera dan pengatur cara komputer, visa H-1B telah menjadi pintu masuk penting bagi ramai orang India yang tertarik ke Lembah Silikon.



Amerika mengeluarkan 85,000 visa tersebut setiap tahun.



Pentadbiran Presiden Trump menegaskan bahawa sistem sekarang telah membawa kepada "pembanjiran" pekerja bergaji rendah, yang berkemahiran rendah dalam sektor teknologi dan ini menjejas pekerja Amerika.



"Kami percaya pekerjaan hendaklah ditawarkan kepada pekerja Amerika dahulu," kata Presiden Trump.



Pemimpin berusia 70 tahun itu kini sedang cuba mencari semula momentum selepas arahan perjalana



nnya sebelum ini disekat di mahkamah, sementara pembaharuan penjagaan kesihatan pula terkandas di Dewan Kongres. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >