ATHENS: Pemimpin berhaluan kiri Greece, Encik Alexis Tsipras, memenangi pilihan raya kelmarin, sekali gus membolehkannya meraih mandat baru sebagai Perdana Menteri bagi memacu hala tuju pemulihan ekonomi negara itu yang bankrap.
Kemenangan itu bermakna pemimpin paling lantang bersuara itu akan terus berkuasa walaupun beliau meletak jawatan bulan lalu selepas dikritik puak radikal dalam partinya kerana tunduk kepada desakan kreditor menerima dana bantuan.