KOTA BHARU: "Aidilfitri kali ini bagai tiada makna buat kami apabila kehilangan tujuh ahli keluarga sekali gus," kata Encik Ahmad Latfi Mat@Mohamad, 62 tahun, bapa dua mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi semalam.
Beliau yang ditemui di Kampung Kubang Badak, di sini, dilihat mengalirkan air mata kerana masih lagi tidak percaya apabila kehilangan dua anak dan menantu serta tiga cucu dalam sekelip mata pada saat kegembiraan menyambut Aidilfitri.