Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tujuh juta rakyat Yaman kian menghampiri kebuluran: PBB

Feb 22, 2017 | 12:18 PM



SANAA - Tujuh juta rakyat Yaman kian hampir mengalami kebuluran.



Amaran itu disuarakan oleh seorang penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu pada hari Selasa (21 Feb) - hampir dua tahun sejak konflik antara pemerintah dan pemberontak memburuk.



"Tujuh juta Yaman tidak tahu dari mana hidangan mereka akan datang seterusnya dan semakin hampir kepada kebuluran" di negara yang mempunyai 27 juta orang, kata Encik Jamie McGoldrick.



"Lebih 17 juta orang pada masa ini tidak dapat makan secukupnya untuk diri sendiri dan sering terlepas makan - wanita dan kanak-kanak perempuan paling kurang makan dan biasanya yang terakhir makan," katanya dalam satu kenyataan.



Perang Yaman berlaku antara pemeritnah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pimpinan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi terhadap pemberontak Huthi yang bersekutu dengan pasukan yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.



Pertempuran dipergiatkan sejak pasukan gabungan yang diterajui Arab Saudi campur tangan menyokong pemerintah pada Mac 2015 selepas kaum Huthis merampas ibu negara September sebelum itu.



Sejak awal Januari, tentera pro-pemerintah telah melancarkan serangan untuk menawan semula persisiran pantai Laut Merah Yaman, dan ambil semula pelabuhan barat daya Mokha awal bulan ini.



"Saya amat bimbang dengan peningkatan konflik dan ketenteraan di pantai barat Yaman. Ia mempunyai implikasi kos yang besar kepada orang awam," kata Encik McGoldrick.



Roket yang tidak meletup mendarat di pelabuhan Hodeida yang dikuasai pemberontak, menurutnya, "semakin mengurangkan kunjungan kapal dan import" yang penting untuk bekalan makanan ke Yaman.



"Memandangkan negara ini bergantung 80-90 peratus kepada makanan ruji yang diimport, saya terpaksa membunyikan amaran," kata pegawai PBB itu.



"Jika dibiarkan, gabungan faktor ini boleh mempercepatkan bermulanya kelaparan," kata beliau.



Agensi kanak-kanak PBB juga memberi amaran pada Selasa bahawa 462,000 kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.



Ketua bantuan PBB memberi amaran bulan lalu bahawa negara di Semenanjung Arab yang miskin itu semakin tergelincir jauh ke dalam krisis kemanusiaan dan boleh menghadapi kebuluran tahun ini.



Encik Stephen O'Brien berkata tanpa "tindakan segera", kebuluran adalah "kemungkinan senario pada 2017".



Lebih 7,400 orang telah terbunuh sejak campur tangan bermula dua tahun lalu, termasuk 1,400 kanak-kanak, menurut PBB. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >