Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tujuh maut dalam tiga nahas di Lebuh Raya Utara Selatan

Oct 19, 2015 | 11:37 AM



IPOH: Tiga kemalangan ngeri yang mengorbankan tujuh orang berlaku di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dalam tempoh 10 hari lalu.


Yang terbaru berlaku pada Sabtu (17 Okt) lalu apabila tiga orang terbunuh apabila sebuah kapal tangki simen merempuh sebuah kereta yang berhenti dekat Ipoh, sedang ia dinaikkan untuk ditunda ke bengkel.


Kereta tersebut, dipandu oleh Dr Sharifuddin Said, 43 tahun, sebelum itu berputar di luar kawalan sekitar 8.30 pagi dan melanggar pembahagi lebuh raya.


Pengendali trak tunda Mohd Fazli Malijan, 38 tahun; anaknya, Muhammad Shamsul, dan anak saudaranya, Muhammad Amirul Hakimi Abdullah, kedua-duanya 15 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian apabila lori tangki simen itu merempuh mereka sedang mereka bersiap untuk menunda kereta tersebut.


Enjin lori tangki itu tertanggal dan mengena sebuah kereta lain dan seorang pegawai polis yang sedang menyiasat kemalangan melibatkan kereta Dr Sharifuddin, ujar ketua polis Ipoh, Penolong Pesurujaya Sum Chang Keong.


Sarjan polis itu kini dalam keadaan tenat.


Pada malam hari sama, seorang mekanik pesawat terbunuh di lebuh raya itu di Gurun, Kedah, apabila motosikalnya merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan.


Encik V. Thingaran, 23 tahun, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pada 11.50 itu, kata polis.


Pada minggu sebelum itu, tiga ahli sebuah keluarga terbunuh di bahagian Tanjong Malim, Perak lebuh raya tersebut apabila sebuah papan tanda gergasi terhempas ke atas bumbung kereta mereka.


Nahas pada 10 Oktiber itu berlaku apabila sebuah treler menghala ke Ipoh merempuh bahagian belakang sebuah lori sebelum hilang kawalan.


Treler itu kemudian merempuh sebuah tiang logam papan tanda litu, menyebabkan ia tumbang menghempap kereta tersebut.


Pesara jurutera Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64 tahun; isteri beliau, Cik Jamnah Ibrahim, 56 tahun; dan anak perempuan mereka, Nor Juliana, 17 tahun, meninggal di tempat kejadian. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >