Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tujuh maut dek letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera

May 23, 2016 | 08:58 AM



JAKARTA: Angka kematian akibat letusan gunung berapi di barat Indonesia telah meningkat kepada tujuh, kata seorang pegawai pada Ahad (22 Mei), dengan kebimbangan lebih ramai orang terperangkap oleh abu panas.



Dua orang kekal dalam keadaan kritikal selepas Gunung Sinabung itu, gunung berapi sangat aktif di pulau Sumatera, melepaskan satu siri letusan baru petang Sabtu lalu, kata jurucakap agensi bencana, Encik Sutopo Purwo Nugroho.



Mangsa cedera telah dibawa ke hospital, katanya.



Semua mangsa sedang bertani dalam "zon merah" - kawasan lingkaran empat kilometer dari Sinabung yang dilarang masuk oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab keselamatan - apabila mereka dikorbankan oleh awan piroklastik.



Gelombang gas panas dan batu yang bergerak pantas boleh mencapai 700 darjah Celcius apabila ia menurun di tepi gunung berapi, kata Encik Sutopo.



Pasukan mencari dan menyelamat memeriksa rumah dan ladang di kampung Gamber, di mana penduduk diarah berpindah pada akhir 2014 kerana risiko daripada aliran lahar, abu tebal dan baru yang jatuh dari gunung berapi.



Kira-kira 300 anggota penyelamat terlibat dalam operasi itu, kata Encik Zainul Tjahar, ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah, melalui telefon dari Sumatera Utara.



Encik Sutopo berkata: "Tidak diketahui dengan tepat berapa ramai orang berada di kampung Gamber apabila awan panas turun."



Beliau menambah bahawa pekerja kecemasan masih berwaspada tentang risiko letusan selanjutnya.



Berpuluh-puluh ribu orang dipindahkan sejak Sinabung hidup semula pada 2013 selepas tidak aktif lama.



Seramai 16 orang terkorban semasa letusan besar pada 2014, dan Sinabung kekal pada tahap amaran tertinggi.



Ia antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. - AFP, Xinhua, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >