PETALING JAYA: Tujuh pelajar di bawah Program Makanan Tambahan yang dikelola kerajaan Malaysia telah dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan termakan serpihan kaca yang dijumpai di dalam hidangan mi goreng yang disediakan, Rabu lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baru, Cik Lee Kee Hiong, berkata ibu bapa pelajar tersebut mengesyaki tingkap kaca lori pembekal telah berkecai semasa dalam perjalanan ke SJK(T) Ladang Nigel Gardner di Hulu Selangor, menyebabkan ia jatuh ke dalam makanan yang sedang dibawa.