Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tujuh pemimpin Umno hadapi tindakan gantung kerana perlekeh parti

Oct 28, 2015 | 03:32 PM



KUALA LUMPUR: Tujuh pemimpin Umno menghadapi risiko digantung kerana secara terbuka memperlekeh parti itu, ujar setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Tanpa mendedahkan identiti tujuh pemimpin itu, Tengku Adnan berkata jawatankuasa Umno sedang menyiasat perkara tersebut dan akan membentangkan keputusannya kepada majlis presiden dan lembaga disiplin, lapor Insider Malaysia pada Rabu (28 Okt).


"Sebaik sahaja proses selesai, kami akan menggantung keahlian mereka dan jawatan yang datang bersamanya," ujar beliau, sebagaimana ditukil portal berita itu.


Pada 12 Oktober, sekumpulan veteran Umno yang diketuai mantan perdana menteri Mahathir Mohamad menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalah guna kuasa kerana menahan seorang bekas pemimpin Umno Pulau Pinang dan peguamnya di bawah undang-undang antipengganasan.


Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Encik Matthias Chang, dikenakan tuduhan mensabotaj ekonomi dan sistem kewangan Malaysia.


Kumpulan veteran itu termasuk timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; naib presiden parti, Datuk Seri Shafie Apdal, dan bekas setiausaha agung, Tan Sri Sanusi Junid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >